Mahu Rumah Tangga Kekal Bahagia, Baca 6 Perkara Ini Kata Ustaz Kazim Elias

ISLAMIK

Setiap suami dan isteri mengidamkan keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.  Pertengkaran dalam keluarga merupakan asam garam dalam kehidupan yang telah dibina namun sesama pasangan haruslah tahu bagaimana hendak menjadikan suasana dalam keluarga sentiasa aman kerana anak-anak juga turut terkesan  jika terdapat pertengkaran.

Dalam melayari kehidupan berumah tangga pert3ng karan antara suami isteri pasti terjadi tambahan pula buat pasangan yang baharu berkahwin, pastinya anda masih belum mengenali tabiat pasangan.

Namun jika perteng karan hampir setiap hari, bererti ada yang tidak kena dalam perhubungan anda. Perkahwinan yang bahagia, masing-masing akan berusaha menghindari pertengk4ran dan lebih saling menghormati.

Suami isteri memiliki tugas dan tanggungjawab berbeza, namun keduanya perlu saling melengkapi dan membahagiakan.

Demi menjaga kerukunan rumah tangga hingga ke Jannah, ada banyak perkara yang harus anda aw4si. Apakah perkara yang tidak harus dilakukan dan dilarang dalam menjaga hubungan suami isteri?

Manfaatkan pesanan Ustaz Kazim Elias moga rumah tangga anda kekal bahagia dan mampu menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

1. Elakkan Tinggikan Suara

Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menj4ga hati pasangan kita.

2. Pastikan tidak Puji Orang Luar

Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang di hati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa c3mburu atau kem4rahan pasangan kita dengan memuji orang lain.

3. Elakkan Berjauhan Dengan Isteri

J4ngan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah ialah perbuatan yang k3ji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.

4. Elakkan Berb0hong

Paling penting jangan sesekali berb0hong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pemb0hong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!

5. Jadi Pendengar yang Baik

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berk0ngsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.

6. Sentiasa Mengaku Salah

Setiap kali buat salah, mintalah m4af dan bersedialah untuk mengakui kesil4pan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!

Sumber: Keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *