Jang4n Pandu D3ngan Minyak Berkelip, B0leh R0sakkan Komp0nen Penting

Uncategorized

Apakah perkara utama yang anda buat sebaik sahaja anda nampak meter minyak berkelip? Ada beberapa jenis pemandu yang boleh kita kategorikan dalam kes ini.

Ada beberapa pemandu yang terus mencari stesen minyak yang berdekatan. Kalau atas highway, sanggup exit.

Ada juga jenis pemandu yang tak pernah kenal erti minyak berkelip. Apabila petanda label tangki minyak hanya 1 bar saja lagi, terus isi penuh.
Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi apabila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala?

Paling penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak petrol sebelum sempat mengisinya semula.

Ada juga jenis pemandu yang bila minyak berkelip, kalau boleh dia nak bawa kereta sampai tangki minyak kering, baru nak isi.

Bagaimana tabiat buruk anda ini bakal mengakibatkan kerosakan kepada Fuel Pump anda.

Apa Itu Fuel Pump? Sebelum itu, anda perlu tahu dulu apa itu fuel pump. Fuel pump berfungsi sebagai alat yang mengepam bahan api (petrol/diesel) ke dalam enjin kenderaan. Sesetengah kenderaan, apabila anda hidupkan suis kereta, anda akan dapat dengan fuel pump anda berfungsi mengepam minyak ke enjin untuk anda hidupkan enjin. Tanpa fuel pump, kereta anda tidak akan dapat bergerak.

Jadi apa kesannya kepada kereta anda?

1. BERLAKU GESERAN BERLEBIHAN PADA FUEL PUMP
Minyak petrol yang ada di dalam tangki minyak juga berfungsi sebagai minyak ‘pelincir’ untuk fuel pump. Apabila minyak berada di paras yang rendah, fuel pump berfungsi tanpa minyak sebagai pelincir. Ini menjadikan terdapat geseran yang lebih berlaku di fuel pump. Akibat daripada geseran tersebut, fuel pump akan rosak lebih cepat.

2. FUEL PUMP MENJADI PANAS

Selain menjadi pelincir, minyak juga menjadi bahan penyejuk untuk fuel pump. Apabila minyak pada paras yang rendah, sebahagian besar fuel pump tidak terendam di dalam minyak, berbanding tangki yang lebih terisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu fuel pump menjadi sedikit tinggi daripada biasa.

Dan fuel pump menjadi lebih terdedah kepada kerosakan berbanding fuel pump yang beroperasi di dalam tangki minyak penuh.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda memastikan yang anda tidak terlalu kerap memandu dengan lampu minyak berkelip

Sedarlah bahawa tindakan anda itu, tidak membantu anda menjimatkan penggunaan minyak. Sebaliknya, anda akan menyusahkan diri sendiri apabila tiba-tiba kereta mati sewaktu memandu. Malah, anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos lebih lagi untuk khidmat towing dan menggantikan fuel pump baru.

sumber: rumahpanjai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *