Cola- Cola Rugi 4 Billion Gara-Gara Tindakan Ronaldo

ISU SEMASA

Budapest: Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran C0ca-Cola mengalami kerugian AS$4 bili0n (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam.

Legenda P0rtugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary hari ini, menasihatkan 0rang ramai mengambil minuman air k0song ketika berdepan dengan media semalam.

Penyerang Juventus itu mengetepikan dua b0tol C0ke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

Harga saham Coca-C0la jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

C0ke sudah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan R0naldo apabila menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Jurucakap minuman itu berkata: “Pemain diberikan air kosong bersama C0ca-Cola dan C0ca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”

R0naldo, 36, sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata R0naldo mempunyai tubuh se0rang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, R0naldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.

 

Sumber: Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *