Lelaki Mempunyai 39 Isteri Dan 94 Anak Meningg4l Dvnia

ISU SEMASA

MIZORAM, INDIA – Seorang lelaki yang mempunyai 94 anak dan 39 isteri meni nggal dun ia pada umur 76 tahun selepas jatuh s4kit secara mengejut sejak minggu lepas, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lelaki tersebut, Ziona Chana, digelar sebagai lelaki yang mempunyai keluarga terbesar di dunia yang turut memiliki seramai 14 menantu, 33 cucu dan seorang cicit.

“Dengan rasa dukacita, penduduk Mizoram mengucapkan selamat jalan kepada Ziona.

“Mendiang dan kampung ini telah menjadi tarikan pelanc0ng di negeri ini disebabkan oleh keluarga besarnya,” ujar Ketua Menteri wilayah tersebut.

Sementara itu, dalam satu temu bual sebelum ini, Ziona pernah menyuarakan rasa bertuahnya kerana dikurniakan keluarga yang besar.

“Saya menganggap diri saya bertuah kerana menjadi suami kepada 39 orang wanita dan ketua kepada keluarga terbesar ini,” katanya.

Kesemua ahli keluarga Zi0na tinggal sebumbung di sebuah kediaman empat tingkat dengan 100 bilik tidur di sebuah perkampungan terpencil di negeri Mizoram.

Kediaman empat tinggal yang didiami oleh keluarga besar Zi0na. – Richard Grange/The Sun

 

Kediaman keluarga tersebut yang dikenali sebagai Chhuanthar Run, yang bermaksud rumah generasi baharu mempunyai sekolahnya tersendiri, sebuah padang permainan, bengkel bertukang, ladang khinzir dan ayam, sawah padi serta kebun sayur-sayuran.

Isteri pertama Zi0na, Zathiangi, membahagikan tugasan harian rumah itu kepada isteri-isteri, anak-anak perempuan dan menantu-menantu perempuan yang lain.

Di rumah itu, Zi0na mempunyai sebuah bilik tidur mewah untuk dirinya sendiri yang mana isteri-isterinya akan bergilir-gilir dipanggil ke bilik tersebut.

Pada waktu-waktu biasa, isteri-isterinya perlu tidur di bilik-bilik lain yang dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.

Ketika waktu siang, tujuh atau lapan isteri Zi0na perlu sentiasa berada di sampingnya untuk memberi layanan kepada semua kehendaknya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *