Tertekan Dibuang Kerja, Dihalau Dari Sewa Rumah, Tekad Terjun 32 Tingkat

ISU SEMASA

Sungai Buloh: Tertekan Diberhentikan kerja dan dihalau dari rumah sewa, seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah kondo

0minium di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas angg0ta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selang0r berjaya memujuk dan menyelamatkan mangsa.

Pengarah JBPM Selang0r, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.52 malam.

Seramai 19 angg0ta dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan l0kasi kejadian.

Setiba di l0kasi terdapat se0rang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kond0minium berkenaan dan cuba untuk membunuh diri katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat membuat persiapan dengan memasang tali keselamatan dan memujuk wanita terbabit ke tempat selamat.

Mangsa didapati mengalami masalah peribadi kerana kehilangan kerja dan dihalau dari rumah sewa.

 

Wanita terbabit diserahkan kepada p0lis untuk tindakan selanjutnya katanya.

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *