Kej4yaan Se0rang Ibu ap4bila 6 Or4ng An4knya Berg3lar Hafiz 30 Juzuk al-Quran.

Uncategorized

Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berk0ngsi amalan dilakukan sehingga enam daripada lapan anaknya kini bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.

Nor Latifah bersama anaknya, Engku S0fiah yang berjaya menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan menggunakan kaedah fast track di Akademi Al-Quran Amalillah, Bukit Pay0ng, Marang. Nor Latifah Abdul Rahman, 50, dari Teluk Kalong, Kemaman berkata, selain menjadikan bacaan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga dijaga dengan rapi.

“Saya akan pastikan mereka ambil susu kambing dan madu. Badam pun baik untuk daya ingatan anak-anak. Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya masak. Kalau pergi mana-mana, memang saya bawa bekal dari rumah,” katanya ketika ditemui sempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.

Pada majlis itu, anaknya, Engku S0fiah Engku Saharuumnizam, 14, din0batkan sebagai pelajar cemerlang setelah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang ber0perasi di Bukit Pay0ng, Marang.

Selain Engku S0fiah, lima lagi anaknya yang telah menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah, 25 Engku Mahmud Nasri, 23 Engku Muhammad Luthfi, 20 Engku Ahmad Syafiq, 17 Engku S0fiah, 14 dan Engku Daud Shauqi, 12.

Menurut Nor Latifah, dia dan suaminya yang merupakan se0rang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abd Aziz, 57, tidak kisah berbelanja besar demi pendidikan anak-anak. “Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar, belanja sek0lah kelima-lima mereka dalam RM3,000 setiap bulan.

“Suami saya tak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada,” katanya yang kini berkhidmat dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal.

Kredit : Sinar Harian via majalah-harian.com via Kongsisibomonicko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *