Walaupun M3nurun Kes Ingk4r, N4mun Masih R4mai Tid4k Jaga J4rak

ISU SEMASA

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam turun semula selepas melonjak sebelumnya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 825 individu ditahan semalam berbanding 852 individu diberkas kelmarin dan 718 individu dicekup pada Jumaat lalu.

Daripada jumlah tersebut, jelasnya, seramai 810 dikompaun manakala 15 lagi direman hasil pemantauan yang membabitkan 90,386 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan.

“Kesalahan tertinggi semalam ialah tiada penjarakan fizikal sebanyak 217 kes diikuti merentas kawasan dan makan di premis dengan 151 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, ia disusuli tidak memakai pelitup muka (137 kes), gagal merekod butiran (113 kes), tidak patuh arahan PKP (94 kes), membawa penumpang berlebihan (45 kes), aktiviti pusat hiburan (26 kes) dan lain-lain (42 kes).

Seramai 17 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima kenderaan darat dirampas melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

“Sebanyak 171 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui sembilan aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 106 operasi sanitasi awam turut dilaksanakan di negara ini semalam meliputi sejumlah 50 zon merah, tiga zon jingga dan lapan zon kuning.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 856 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 557 peruncit, 147 pemborong dan 32 pengilang.

Pasukan penguat kuasa kementerian tersebut, kata beliau, turut melakukan sejumlah 2,027 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan 12 premis dikompaun dan lapan diberi nasihat. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *