Kisah Bagaimana Masuk H0spital Tanpa C0vid Keluar H0spital Dengan C0vid. Wajib Anda Ketahui

Uncategorized

In the name of Allah, M0st Gracious and M0st Merciful. Tujuan saya berk0ngsi ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tapi sebagai peringatan kepada anda semua yang saya kasihi.

 

Kawan-kawan, jagalah kesihatan anda terutama di musim pandemik ini. Janganlah sampai terpaksa ke h0spital. Kalaupun ada isu kesihatan serius yang memerlukan anda ke bahagian kecemasan di h0spital (isu kesihatan yang bukan berkaitan C0vid), dan memungkinkan anda dimasukkan ke wad, t0longlah terus ke h0spital swasta yang tidak sesak. Elakkanlah h0spital kerajaan. Jangan jadi saya. Sejuta kali menyesal pun tiada gunanya.

Bukan kerana h0spital kerajaan tidak bagus, bukan. H0spital kerajaan tentu saja bagus, malah d0ktor pakar juga ramai berpusat di situ. Tapi hakikatnya di musim pandemik ini, semua h0spital kerajaan sudah terlalu sarat dan kemungkinan besar kurang selamat. Kenyataan pahit ini saya alami sendiri.

Pada 6 Jun yang lalu, saya telah jatuh sakit dan dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan atas masalah kesihatan yang tidak berkaitan dengan Covid. Walaupun begitu, saya dimasukkan ke dalam wad saringan Covid / pre-covid ward, sedangkan keputusan ujian TK + PCI saya pada waktu itu menunjukkan saya negatif Covid. Dalam pre-covid ward, berpuluh orang pesakit diletakkan bersama. Pesakit lelaki, pesakit perempuan, pesakit p0sitif C0vid, pesakit negatif C0vid, pesakit mental yang agr3sif (sekadar fakta, tiada stigma di sini, saya juga ada isu kesihatan m3ntal saya yang tersendiri), dan banduan l0kap / tahanan p0lis yang bergari. Semuanya bercampur dalam satu ruang, malah kami turut berkongsi tandas. H0spital itu tiada wad lain yang boleh menempatkan saya dan saya juga tidak dibenarkan berpindah ke h0spital yang lain.

Selama hampir 10 hari, saya menerima rawatan di pre-c0vid ward untuk penyakit saya yang tiada kaitan dengan Covid. Sebagai se0rang pesakit yang turut menghidap masalah anxiety, tidak mampu hendak saya ceritakan pengalaman saya selama hampir 10 hari di wad berisiko tinggi. Apatah lagi kita seorang diri dan keluarga tidak boleh melawat atas sebab keselamatan. Cukuplah saya katakan bahawa saya masih trauma, masih tidur meracau dan mengigau tiap-tiap malam hingga saat ini, dan badan saya kehilangan 4kg dalam jangkamasa itu.

Setelah rawatan saya di h0spital akhirnya selesai alhamdulillah, ketakutan saya yang terbesar menjadi kenyataan. Ujian 1RTK + PCF yang kedua menunjukkan saya positif C0vid. Seperti yang dijangka, saya dijangkiti di wad pre-c0vid. Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Saya mulai batuk, sakit tekak, demam seram sejuk sehingga menggigil, selsema, nafas terasa berat, dada terasa sesak, sakit kepala, hilang deria bau, dan hilang deria rasa. Dengan simpt0m sebanyak ini, ditambah pula dengan kadar oksigen saya yang merosot sekali-sekala, sudah pasti harapan saya untuk kuarantin di rumah yang dirindui tidak kesampaian. Saya faham keperluannya dan dengan pedih, saya perlahan-lahan belajar untuk hadam serta redha.

‘Pengembaraan s0lo’ saya pun diteruskan ke pusat kuarantin. Bersama saya di wad ini ada beribu-ribu lagi penghidap C0vid yang lain. Insyaallah, selesai kuarantin 10 hari nanti, saya akan discharge (amin ya rabbal alamin) dan sambung fasa kuarantin di rumah selama seminggu lagi, demi keselamatan. Kemudian barulah anak saya b0leh pulang ke pangkuan saya, setelah satu bulan lamanya tidak berjumpa. Satu bulan yang saya tidak sempat membuat apa-apa persediaan mental untuk menghadapinya. Satu bulan yang paling berat dan paling lama dalam 36+ tahun hidup saya. Antara hidup dan mati saya boleh katakan bahawa tiada sakit yang boleh menandingi rasa rindu pada anak dan suami. Bagaimana satu kunjungan ke bahagian kecemasan di h0spital boleh melarat menjadi satu bulan yang penuh dugaan. Tapi setiap hikmah dan musibah itu sudah disusun cantik 0leh Allah, kan? Siapalah saya untuk men0laknya. Alhamdulillah.

Ingatlah nasihat saya. Jagalah kesihatan. Jika anda dalam situasi seperti saya (na’uzubillah min zalik), pastikan anda menerima s0kongan mental yang kuat dari orang-0rang yang menyayangi anda. Elakkan mereka yang memberi positiviti toksik (b0leh Go0gle ‘p0sitiviti t0ksik’ / ‘t0xic p0sitivity’ jika tidak tahu). Sabar dan redha bukan perkara yang b0leh dipaksa-dipaksa dan disuruh-suruh. Terutama 0leh mereka yang tidak melalui situasi sebegini. Terutama bila anda menjadi mangsa sesuatu keadaan, walhal selama ini anda se0rang yang sangat berhati-hati. Insyaallah, sabar dan redha itu anda akan perlahan-lahan belajar dengan sendiri. Penerimaan takdir adalah pr0ses yang berlaku secara berperingkat. Ianya antara kita dengan Allah Ta’ala. Di waktu paling peritlah kepercayaan kita diuji bahawa ketentuanNya tidak pernah sia-sia.

“Belief in the Qadhaa’ and Qadr.” (6th) “So, verily, with every difficulty, there is relief.” (94/5)

Wani P.S. I’m okay.

 

Sumber : Waniardy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *