Kis4h Kej4yaan An4k Muda H4nya Berb3kalkan M0dal RM20k, Mampu H4silkan Jen4ma S3ndiri

ISU SEMASA

Aku buat jenama VASKA ni pada tahun 2019. Sebelum tu, aku banyak jadi reseller kepada brand-brand beg yang lain. Dari pouch bag, sampai lah ke backpack yang besar gedabak tu. Semua aku jual .Tinggal beg mayat ja aku belum jual lagi. Haha!

 

Setelah beberapa ketika jual beg, aku mula start perasan kualiti beg yang ada dalam pasaran macam belum mantap. Aku rasa aku lagi pandai. Ego dan riak mula menguasai diri. Kebetulan time tu sale tengah masyuk pulak.

 

Jadi aku buat keputusan untuk keluarkan beg jenama aku sendiri iaitu VASKA.Kalau ada yang tertanya-tanya apa maksud VASKA. VASKA bermaksud beg dalam bahasa Swedish.

Misi aku sederhana, aku nak bina beg-beg yang praktikal dan lasak. Setiap keluaran beg VASKA mesti diuji dari segi ketahanan dan paling penting perlu praktikal.Kalau tak lasak & praktikal, tak jual!Kalau aku rasa tak ngam, memang aku buang dan tak jual beg tu. Setakat ni ada 3 beg yang aku buang bawah tilam sebab aku rasa tak ngam untuk dijual.

Naya pembeli geng kalau dapat beg tak ngam dengan banyak defect. Jahanam brand!Ā Beg pertama yang aku keluarkan adalah VASKA Messenger Bag 21 Liter. Beg ni aku buat di GZ, China sebab fabrik dan sistem untuk bag ni agak complicated.Aku nak buat messenger bag dengan material yang kalis hujan !

 

Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan maka siaplah beg jenama aku sendiri. Rasa macam nak menangis geng bila beg ni siap.šŸ˜­Satu sebab beg ni memang sama sebijik seperti apa yang aku nak.Dua, duit modal hampir RM20,000 dah kering, macam mana aku nak jual beg ni? hahaha !

 

Terpaling puas hati lah beg ni. Aku dah test drive beg ni dalam hujan hampir 6 kali. Memang laptop aku dekat dalam tak basah.Waktu aku test tu, senyum sorang-sorang atas motor geng. Eksaited ada beg jenama sendiri. HahahašŸ¤£Dan alhamdulillah, aku boleh katakan dalam masa beberapa bulan, beg tu gagal dijual dan aku banyak rugi duit buat marketing dan bayar utilities.Maka benarlah orang cakap, dah bodoh, jangan sombong.

 

Beg pertama ni gagal bukan sebab beg tu tak power. Beg dah power, tapi aku yang tak power nak buat marketing dan manage perniagaan. Beg tu tersangat okay dah. Dan kesalahan paling besar adalah aku buat beg yang aku minat. Bukan yang target market aku minat. So untuk peniaga-peniaga diluar sana boleh ambil pengajaran dari kisah ni.Jangan syok sendiri buat produk. Ramai aku tengok dah terciduk sebab buat produk yang syok sendiri ni. Salah seorang testimoninya adalah aku sendiri haha.šŸ˜‚Sebelum keluarkan produk, sila kaji dulu samada ada demand atau tak ada demand.Macam mana nak kaji?Nanti lah aku buat thread lain. Bagi chance aku throwback kisah gagal aku dulu.

 

Sekarang ni alhamdulillah, setelah 2 tahun beroperasi, team kecil VASKA dah mula ada 6 orang ahli pasukan dan 7 produk termasuk beg dan wallet.Terima kasih banyak kepada team aku, tanpa manusia-manusia ini, aku tak akan mampu untuk bina jenama VASKA ni sorang-sorang.Selepas kegagalan aku dengan produk beg pertama, aku terus proceed untuk buat beg kedua ketiga dan seterusnya.Sebenarnya 90% beg beg Vaska adalah dijahit di Malaysia.

Nanti aku akan buat thread lain untuk cerita macam mana aku kaji demand dan buat beg kedua VASKA. Beg tu aku anggap berjaya sebab aku berjaya jual 5,000 lebih unit dalam masa beberapa bulan dalam tempoh PKP 1.0 Btw kalau hangpa nak tengok produk-produk yang Vaska dah keluarkan, boleh usha di Shopee kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *