Uncle Kent4ng M4hu Bergabung Ten4ga Dengan Ebit Liew Buat Keb4jikan Untuk R4kyat Yang Sus4h

Uncategorized

Sering melibatkan diri dalam aktiviti kemasyrakatan dan kebajikan, pemilik nama Kuan Chee Heng itu memberitahu bahawa dia tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bergabung tenaga bersama Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun memetik temubual bersama mStar, Uncle Kentang mengakui dia hanyalah insan kerdil jika mahu dibandingkan dengan Ebit Lew yang juga merupakan ikon kebanggaan rakyat Malaysia.

“Saya buat secara kecil-kecilan… Memang Ustaz Ebit adalah satu ikon negara dalam amal jariah.“Saya memang menggalakkan mana-mana NGO untuk kita sama-sama membanting tulang untuk membuat yang terbaik demi Malaysia. 
“Jika diizinkan Tuhan, kita akan bergabung dan buat mana yang perlu. Ustaz Ebit pun baru sahaja ke Palestin. “Kalau diizinkan Tuhan… Semua ini takdir. Kun Fayakun, akan jadi maka akan jadilah ia. Kita serahkan kepada Tuhan dan kita buat apa yang boleh, kita buat,” katanya dalam sesi wawancara menerusi Instagram Live mStar.

Uncle Kentang sudah terlibat secara aktif dalam kerja-kerja kebajikan sejak lebih 10 tahun lalu. Bukan itu sahaja, dia turut dikenali kerana menyediakan perkhidmatan ambulans serta van jena zah buat golongan kurang berkemampuan. Terdahulu, Uncle Kentang mendapat pengiktirafan ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II.Pengiktirafan tersebut diberikan kepada individu dalam negara anggota Komanwel sebagai tanda penghargaan atas kerja sukarelawan yang membuat perubahan dalam komuniti.

Sumber: mStar (Shuhaniza Said)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *