England Bakal Tam4tkan SOP P4kai ‘Mask’ & Penj4rakan Fizikal, H4mpir Berj4ya Capai ‘Herd Immunity

ISU SEMASA

Sebelum ini Perancis dan Itali telah memans uhkan ‘kewajiban’ memakai pelitup muka dan perintah berku rung, ekoran negara berkenaan dipercayai berjaya mencapai imunisasi kelompok.

Kini, England juga dilapor bakal ‘bebas’ daripada segala sekatan COVID-19 pada 19 Julai ini berikutan turut berjaya mencapai misi yang serupa walaupun angka kes positif terus meningkat.

Berdasarkan statistik semasa, kira-kira 87 peratus golongan dewasa di England, 89 peratus di Wales, 85 peratus di Ireland Utara dan 79 peratus di Scotland sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

Malah secara puratanya dikatakan sembilan daripada 10 orang dewasa di seluruh United Kingdom (UK) sudah mempunyai antib odi yang cukup untuk melaw an virus tersebut.

Selain itu, angka kema tian yang semakin rendah juga menjadi pemangkin untuk England semakin hampir menuju ke ‘Hari Pembebasan’ (daripada sekatan) yang sepatutnya dijadualkan pada 21 Jun kelmarin.

 

 

Namun perdana menterinya, Boris Johnson terpaksa menunda ‘Hari Pembebasan’ tersebut ekoran kemunculan varian baharu, Delta yang dilapor dikesan di India baru-baru ini.

Justeru, kerajaan telah memanjangkan tempoh sekatan selama empat minggu lagi. Beberapa SOP juga dilapor bakal dimansuhkan mulai bulan depan dan berharap agar fasa ‘terakhir’ tersebut cukup untuk menamatkan segalanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *