Sep4sang Su4mi Ist3ri 6 Hari Tak M4kan N4si, H4nya M1num Air P4ip dan Biskut, Hidvp Mel4rat Sep4njang PKP

ISU SEMASA

Sepasang suami isteri telah datang ke pusat khidmat saya meminta bantuan. Meraka beritahu saya mereka sudah tak makan nasi 6 hari. Air bersih pun tiada. Mereka hanya minum air paip dan biskut sahaja sepanjang 6 hari ini.

 

Mula-mula, saya sudah sedia untuk beri bantuan makanan asas, tetapi mereka beritahu dapur pun mereka tiada, sudah dijual Periuk nasi pun sudah rosak. Mereka tanya kalau saya boleh bantu belikan dapur kerana mahu masak.

 

Memahami keadan mereka, jadi esoknya kami telah pergi ke kedai dan beli dapur dan perkakas baru.

 

Sewaktu sampai di rumah mereka utk pasang perkakas baru, mereka ada beritahu saya yang disebabkan pkp, kehidupan mereka betul-betul melarat.Mereka betul-betul sudah buntu dah tidak tahu utk lakukan apa lagi. Kerja tiada, bekalan makanan pun habis. Disebabkan takda duit langsung, mereka terpaksa cuci semula pelitup muka mereka!

 

Mereka beritahu saya mereka ada mohon bantuan dari pihak berwajib, tapi permohonan tak lulus kerana dulu mereka pernah jadi mangsa penipuan pendaftaran syarikat.Apa yg lebih mengejutkan, baru-baru ini si isteri pernah cuba utk mengambil nyawa sendiri. Nasib baik suaminya ada dan cepat-cepat bawa isteri ke hospital.

 

Mereka maklumkan kpd saya kawan-kawan juga tak mampu utk membantu mereka. Saya beritahu mereka kalau ada apa-apa bantuan mereka perlukan, mereka hanya perlu beritahu saya saja. Saya akan cuba yang mana saya boleh bantu.

Saya tahu ini bukan kes terpencil. Pasti ramai keluarga di luar sana mengalami nasib yg sama kerana pkp ini.

 

sumber: Twitter YB Lim Lip Eng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *