Bayi Baharu L4hir Dibu4ng Di bawah Kolong

ISU SEMASA

LAHAD DATU: Bunyi salakan anjing yang berterusan diiringi tan gisan bayi yang kede ngaran begitu dekat mendorong sebuah keluarga berusaha memeriksa bawah kolong rumah mereka.Tidak disangka apabila memeriksa di bawah kolong rumah, terdapat seorang b ayi yang masih berta li pusat dalam keadaan tertiarap di atas tanah berlumpur.

 

Ketua Po lis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, bayi yang dipercayai baharu dilah irkan selama beberapa jam itu ditemukan di bawah kolong rumah sebuah keluarga di Kampung Dasar Baru dekat sini pada pukul 7.30 malam, semalam.

 

Beliau berkata, pemilik rumah yang merupakan seorang wanita terdengar suara bayi men angis yang berse lang-seli dengan bunyi anjing meny alak dari bawah kolong rumahnya.“Apabila diperiksa, dia bersama suami dan abangnya mene mukan seorang bayi lelaki yang diletakkan dalam keadaan tertiarap di atas tanah yang berlumpur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Justeru itu, wanita bersama ahli keluarganya terus mengha ntar bayi berkenaan ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.Beliau berkata, berdasarkan laporan pegawai perubatan, bayi lelaki yang baharu dilahirkan kira-kira tiga atau empat jam lepas itu dilahirkan dalam keadaan pramatang kerana baru berusia tujuh bulan.

 

Tambah Rohan, bayi yang dianggarkan seberat satu kilogram itu dilaporkan dalam keadaan tidak stabil dan dimasukan di unit rawatan rapi untuk rawatan selanjutnya.Pihak polis masih menyias at kejadian tidak bertanggungjawab itu di bawah Seksyen 317 Kanun Kesek saan iaitu kesalahan menyemb unyikan kelah iran dengan niat membu ang ba yi. Jika sabit kesalahan boleh dihu kum pe njara tidak lebih tujuh tahun atau den da atau kedua-duanya sekali.

 

“Oleh itu, masyarakat Lahad Datu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes Sarjan Aspalainah Mohd Zain ditalian 0111-9019728 atau balai po lis berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *