Kes Curi 2 Buku Roti Kerana Anak L4par Dirumah

ISU SEMASA

Aku kerja polis, kerja kat Penang. Tak payah aku mention balai mana, Masa tengah kerja dapat call, untuk ambil satu t4ngkapan kes cu ri di Tesco (Tesco mana tak payah aku mention). Sampai kat Tesco, masuk guard room tengok ada.

Seorang lelaki melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti Gardenia. Dapat info lelaki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai RM10. Tiga Kali  aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi Tak sampai RM10 ?”. Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan Tesco.

kami bawa juga la lelaki tu naik kereta.  Dalam kereta aku tanya kenapa curi? Dia ckp takde duit nak beli,curi pun utk bagi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar.Dia cakap anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mmpu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yg harga 20sen tu..

 

Lepas aku dengar, bergenang air mata Terbayang anak kat rumah. Sampai kat balai, guard tue dah smpi dulu, sekali dengan roti gardenia 2 bungkus,barang curi tu Dah depan EO nak buat report. Kebetulan timbalan Ketua Balai (AOCS) baru smpi. Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu tapi..

 

Tapi guard tu tak boleh buat apa,dia pun cuma ikut arahan atasan dia. Kata AOCS aku, suruh call atasan. Dia datang dalam 20minit datang 1 perempuan melayu, incharge guard Tesco tu. Perempuan tu kata kalau nak setel jugak, laki tu kena bayar 10kali ganda dari harga barang yg dicuri. AOCS aku dengar.

Dia terus bayarkn 10 kali  ganda nilai roti tu. Dah selesai urusan,melutut lelaki tu menangis mengucapkan terima kasih kat AOCS. AOCS aku ckp”skrg ni Allah bkn uji hang,tp Allah tengah uji aku sekarag, untuk tengok apa aku boleh buat dengan pangkat yg aku ada untuk bantu sama saudara yang tengah susah” sebenarnya lelaki tu baru kena buang kerja kilang.

 

Bini lari,ada anak lelaki seorang umur 5 tahun. AOCS aku siap bagi duit poket untuk dia survive 2 beranak Selang berapa bulan lepas tu, lelaki tu datang balik kat balai, cari AOCS aku, dia kata dah dpt kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yang AOCS aku tolong dia dulu. Tapi AOCS aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.  Sampi sekarang aku ingat apa y AOCS aku pesan kat aku “klu nampak org tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tenagh uji kita, Allah nak tengok apa yg kita boleh buat untuk tolong org susah tu” .

 

Kredit :Mohd Rosli Wahab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *