B4ntuan K4nak-Kanak S3hingga RM1,000 Sebul4n 2021

ISU SEMASA

Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

 

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.

Jumlah BKK lama Jumlah BKK 2021
·         Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.

·         Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.

·         Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.

·         Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.

·         Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga

SYARAT KELAYAKAN BKK 2021

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
    2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
    3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
    4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2021

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2021 :-

  1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. CetakBorang Permohonan.
  3. CetakBorang Kemaskinisekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *