Cacah T4tu Sijil Kawin Tanda Setia Pada Isteri

ISU SEMASA

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand menjadi tular di media sosial apabila mengabdikan sijil perkahwinannya sebagai t4tu kekal di lengan kanannya, lapor portal Thaiger News, semalam.Om-Aim Daraployphan memuat naik beberapa keping gambar lengan suaminya yang mencacah tatu sijil perkahwinan mereka di Facebook.

 

Lukisan tatu itu dihiasi bunga berwarna hijau dan merah jambu serta memenuhi hampir keseluruhan lengan kanan suaminya.“Saya hanya perlukan seseorang yang tidak malu membuktikan cintanya dan bukan berwajah tampan semata-mata,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, wanita itu tidak menyatakan sama ada dia juga akan melakukan perkara sama di lengannya.Namun dia sempat bergurau jika mereka berce rai, ta tu di lengan suaminya tidak akan dikira sebagai sijil sah.

 

 

Ini kerana menurutnya, biarpun mengandungi butiran serupa dengan sijil kahwin asal, ia tidak disertai dengan tandatangan dan bukan dikategorikan sebagai dokumen sah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *