”Ibu Muda Mer4yu Minta Cecupak Beras Utk Anak-Anak” – Terkesan Akibat Dibu4ng Kerja

ISU SEMASA

BALIK PULAU: “Ya Allah, dapat juga anak-anak aku makan nasi hari ini. Tak mau (mahu) benda lain cuma nak (hendak) beras dan sardin untuk lapik perut mereka”.Demikian kata-kata penuh hiba seorang ibu muda berusia lingkungan 20-an yang merayu mendapatkan makanan itu untuk dua anaknya yang masih kecil.

 

Wanita tersebut antara 20 individu yang menerima barangan keperluan harian di ‘food bank’ atau bank makanan anjuran sekumpulan enam sukarelawan wanita termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gemuroh, Teluk Kumbar di sini hari ini.Berkongsi cerita tersebut, Setiausaha MPKK Bukit Gemuroh, Rosmawati Hashim, 44, berkata, inisiatif itu digerakkan sejak 14 Jun lalu selepas menyedari ada dalam kalangan penduduk setempat berdepan mas alah kewangan sehingga terpu tus bekalan makanan.

 

Menurutnya, pasangan muda berusia antara 20 hingga 30-an antara golongan paling terkesa n ekoran pandemik Covid-19 dan memerlukan bantuan terutama barangan keperluan makanan.“Seramai 20 individu terdiri pekerja kilang, hotel, mereka yang diberhentikan kerja, peniaga kecil-kecilan dan nelayan datang ke sini untuk mengambil barangan keperluan dalam tempoh kurang dua minggu program ini dilaksanakan.

“Ada yang menang is ketika menghubungi kami pada lewat malam sambil merayu memberi hanya beberapa cupak beras untuk mengi si per ut anak-anak di rumah dan ada juga meminta sardin untuk dijadikan hidangan.“Bukan setakat itu, ada yang sampai memel uk dan menciu m kampit beras dan ada juga menganggap beras kini seperti emas yang berharga,” katanya di sini semalam.

 

Beliau memberitahu, pihaknya tersentuh melihat keadaan dan nasib yang menimpa individu terbabit sehingga ada yang datang secara berul ang iaitu seminggu kemudian.“Sebanyak 20 barangan keperluan mak anan termasuk susu bayi disediakan di sini. Selain itu, kami juga menyediakan pakaian terpakai dan baharu yang disumbangkan daripada peniaga-peniaga pasar malam serta butik di daerah ini.

 

“Selain penduduk setempat, kami juga ada menerima panggilan bantuan terputus maka nan daripada individu yang tinggal di Sandakan, Sabah dan Kuantan, Pahang,” jelasnya yang menambah, program tersebut akan dijalankan secara berterusan.

 

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *