Ini Perkara Dib3narkan & Tidak Dib3narkan Bagi PKPD Di Beberapa Mukim Di Selangor & Lokaliti Di KL “Kebenaran Untuk Bek3rja Hanya Bagi..,”

ISU SEMASA

Berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur dan mukim di Selangor, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawal semua laluan kawasan terlibat di mana semua penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dari kediaman masing-masing tanpa keperluan.

Menerusi kenyataan media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, hanya seorang sahaja individu dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli keperluan asas dalam lingkungan 10 kilometer radius dari kediaman.

 

Tiada sebarang pergerakan di luar kawasan kediaman adalah dibenarkan selepas jam 8 malam, melainkan kes kecemasan yang mendapat kebenaran PDRM.Selain itu, kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu(essential services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu adalah tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh ini. Oleh itu, majikan dikehendaki membenarkan para pekerja untuk bekerja dari rumah.

Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

Waktu operasi pasar borong pula adalah bermula 12 pagi sehingga 6 pagi manakala pasar awam, 6 pagi hingga 2 petang.

Antara lain perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi PKPD di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti di Kuala Lumpur adalah seperti di bawah:

Walau bagaimanapun, kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian daripada SOP penuh. SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.

Maklumat terperinci mengenai SOP, rujuk https://www.mkn.gov.my

Sumber: MINDEF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *