Lel4ki 0bs3s Dengan Bekas Kekasih, S4nggup intip Dari Jarak Jauh

ISU SEMASA

LONDON: Seorang wanita mendakwa dia menjadi mangsa intipan bekas kekasihnya untuk tempoh yang agak lama sehingga menjejaskan aktiviti hariannya.Bethany Eagle memaklumkan, bekas teman lelakinya juga memasang alat pengesan pada keretanya dan membuat kunci pendua untuk menjejakinya setiap kali dia cuba lari dari lelaki tersebut.

 

Selain itu, bekas kekasihnya, David Malone juga didakwa sering mengikutinya bersenam, malah pernah merakam gambarnya mendaki tebing dari jarak jauh.Lelaki itu kemudiannya menghantar gambar tersebut kepada Eagle dengan kapsyen ‘itu adalah anda’ sambil melukis bulatan pada imej tersebut.

 

Sehubungan itu, Eagle membuat laporan polis dan Malone didakwa di mahkamah. Mahkamah mendapati lelaki itu mengintip bekas teman wanitanya dari Januari sehingga November tahun lalu dan diarahkan supaya menjauhi Eagle.

 

Selain itu, Malone juga didenda sebanyak 1,600 pound (RM9,172).

 

sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *