”Mesej C4ra Nak Dapatkan Tarikh V4ksin Adalah P4lsu…” Tiada Jalan Pintas Utk Dapatkan Janji Temu -KKM

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat mesej palsu tersebar di media sosial berhubung jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin.

KKM melalui hantaran terbaharu di laman Twitter berkata, orang ramai diminta supaya tidak mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam mesej palsu tersebut.

“Tiada jalan pintas untuk mendapatkan janji temu kerana ia diberikan secara automatik dan berperingkat.“Orang ramai diminta untuk tidak masuk ke bahagian ‘HelpDesk’ bagi tujuan ini kerana ia menenggel amkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *