18 Pek3bun Duri3n Mus3ng Di Tahan K3rana Prov0kasi Mel4mpau

ISU SEMASA

JABATAN Perhutanan Negeri Pahang menahan 18 orang disyaki pekebun ha’ram durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang, semalam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan keadaan pro’vokasi pekebun ha’ram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, anggota jabatan tersebut juga dihalang daripada menjalankan tugas.“Oleh itu, beberapa laporan polis dan rakaman video diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Untuk hari ini (semalam) sahaja, jabatan menahan seramai 18 orang yang disyaki pekebun ha’ram kerana telah memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran dan membuat pro’vokasi melam’pau kepada anggota,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, klip video menggunakan tajuk ‘Pence’roboh Tanah Ha’ram’ yang mendakwa pekebun menen’gking dan mencaci petugas menjalankan operasi memus’nahkan tanaman di atas tanah Hutan Simpan Kerajaan Negeri Pahang di Raub, tular dalam media sosial.

Kenyataan itu memaklumkan, kesemua 18 pekebun itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk mendapatkan tahanan re’man dan akan disiasat selanjutnya serta diambil tindakan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara.

“Pegawai penyiasat jabatan akan menjalankan tugas-tugas siasatan selanjutnya bagi memastikan kesemua pekebun ha’ram ini dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” tegasnya.

Operasi memus’nahkan kebun ha’ram durian Musang King di dalam Hutan Simpan Batu Talam itu bermula kelmarin sehingga 2 Ogos ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Difahamkan, kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu mempunyai pokok durian Musang King yang mula luruh dan mengeluarkan hasil.

Tambah kenyataan itu, operasi berkenaan bertumpu kepada tindakan memu’snahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara ha’ram di samping anggota operasi akan membuat tang’kapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kedalam kawasan HSK tanpa kebenaran.

“Barang dan kenderaan yang dibawa bagi apa-apa tujuan ke dalam kawasan HSK juga akan disi’ta,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *