”Jangan Pupuk Bangsa Pemalas dan Mudah Menyerah,” – Dato Seri Vida

Uncategorized

KUALA LUMPUR: Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang memut4r b3lit kenyataannya berhubung kempen bendera putih dan terus menerus mengec4m seolah-olah dia tidak membantu masyarakat yang terjejas dek pandemik.

 

Menerusi perbualan Whatsapp kepada Utusan Malaysia, Vida meneg4skan dia sama sekali tidak menentang kempen tersebut malah turut terlibat dalam beberapa gerakan dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan sama ada mengibarkan bendera putih atau tidak.

 

“Kalau saya tak bersuara macam ini, siapa lagi? Asyik nak salahkan kerajaan sahaja. Asyik nak jadi mak cik dan pak cik bawang. Kalau saya mengata semua orang, tidaklah saya turun padang beri bantuan.

 

“Mereka yang duduk mengata saya pandai cakap tetapi membantu tidak, habis itu nak saya tolong satu Malaysia ke? Beratus juta pun tak cukup. Bersihkan hati sedikit. Saya tak kata jangan angkat bendera putih.

 

“Kalau perlu, buatlah. Akan ada bantuan cepat atau lambat. Tetapi yang mana mampu, jangan pupuk bangsa pem4las dan mudah meny3rah,” kata pemilik nama sebenar Hasmiza Othman ini.Dalam pada itu, Vida juga tidak mengambil pusing kenyataan ramai pihak berpengaruh yang turut sama membid4s kenyataannya.

 

“Ramai nak tumpang glamor, melakukan prov0kasi dan kec4m saya. Kata-kata tak bermaksud nak perlekeh orang yang perlu bantuan. Tapi saya nak tujukan kepada mereka yang tak berusaha. Kena telan walaupun pahiit, move on,” katanya.

 

sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *