TERKINI: Apa Sudah Jadi? 9,180 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Kes Harian Tertinggi, Kes Harian Tertinggi Pernah Direkodkan

ISU SEMASA

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 9,180 kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Angka kes positif pada hari ini dilaporkan merupakan angka yang paling tinggi pernah direkodkan di Malaysia.

9,180 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 817,838 kes.

Negeri Selangor mencatatkan kenaikan kes yang ketara dan merupakan negeri yang paling tinggi mencatatkan kes positif baharu iaitu sebanyak 4,400 kes.

Wilayah Persekutuan juga mencatatkan pertambahan dan turut menjadi negeri kedua tertinggi mencatatkan kes positif harian iaitu sebanyak 1,271 kes.

Negeri Sembilan pula adalah negeri ketiga tertinggi pada hari ini dengan mencatatkan sebanyak 899 kes.

Negeri-negeri lain pula masih lagi mencatatkan ratusan kes kecuali negeri Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja.

Bedasarkan infografik yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, rekod kes harian tertinggi sebelum ini dicatakan pada 29 Mei lepas iaitu 9,020 kes.

 

sumber:siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *