Samka Dakwa Kerajaan Pahang Ing’kar Perintah Mahkamah,Teb’ang Durian

ISU SEMASA

Minta kerajaan negeri henti operasi pembersihan, adakan dialog dengan pekebun

Pengerusi Samka menunjukkan Hutan Simpanan Batu Talam terletak bawah Mukim Tras (gambar)

RAUB, 27 Zulkaedah 1442H, Khamis – Save Musang King Alliance (Samka) menda’kwa tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) meneb’ang pokok durian di Tras, Raub pada 3 dan 4 Julai adalah satu tindakan menging’kari perintah mahkamah.

Ini kerana, kebun durian yang terlibat iaitu kawasan Hutan Simpanan Batu Talam terletak di bawah Mukim Tras yang dilindungi oleh perintah mahk’amah, dakwa Pengerusi Samka, Wilson Chang Yee Chin.

Katanya, pada 5 Januari 2021, Mahkamah Rayuan telah memberikan satu perintah injunksi interim bagi melindungi pekebun-pekebun durian di Raub.

Perintah itu secara nyata mela’rang Pejabat Tanah Daerah Raub, JPNP, Kerajaan Negeri Pahang, Pihak Berku’asa Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd daripada mengambil tinda’kan terhadap kebun dan pekebun durian.

Oleh demikian katanya, kerajaan Pahang dila’rang untuk memus’nahkan pokok durian ataupun menghent’ikan pekebun-pekebun daripada memasuki kebun mereka.

Berikutan itu, Yee Chin membuat kesimpulan tinda’kan kerajaan menging’kar perintah mahkamah dan mengambil tinda’kan terhadap pekebun di Hutan Simpanan Batu Talam adalah tidak sah di sisi undang-undang.

“Samka menge’cam tindakan kerajaan Pahang dan JPNP yang mengingkari perin’tah mahkamah, dan ia mungkin terjumlah kepada kesala’han menghi’na mahkamah.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan Pahang ini telah menca’bar kedaulatan und’ang-und’ang di Malaysia, seterusnya membawa anca’man kepada doktrin pemisahan kuasa, dan bertent’angan dengan semangat demokrasi.

“Samka menyatakan bahawa pekebun-pekebun durian tidak akan akur dan gen’tar akan tindakan kerajaan Pahang dan akan mempertahankan hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang. Samka juga akan membawa kerajaan Pahang ke mahkamah atas kesala’han penghi’naan mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Yee Chin sekali lagi menegaskan bahawa pekebun-pekebun selalu berbuka hati dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

Malangnya, kerajaan Pahang bukan sahaja mengabaikan seruan pekebun-pekebun, malah mengan’cam dan meng’aniaya pekebun dengan tindakan penguatk’uasaan, katanya.

“Samka berasa terkejut ke atas kenyataan Ketua Jabatan Perhutanan Negeri bahawa mereka akan memus’nahkan kebun durian seluas 101 hektar serta membuat rondaan dan tangka’pan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan tersebu.

“Samka menyeru supaya pihak berkuat-kua’sa tidak menganggap pekebun-pekebun sebagai pengga’nas padahal mereka hanya pekebun-pekebun yang rajin bekerja,” katanya.

Tidak cukup itu, pihaknya juga meminta kerajaan negeri memberhen’tikan segala operasi pembersihan dan mengadakan dialog dengan pekebun secepat mungkin bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

“Samka juga berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada kami, menyemak dan memberi tek’anan kepada kerajaan supaya durian yang sedap dan wangi tidak dijadikan sebagai durian da’rah – hasilan daripada penin’dasan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb dot net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *