15,000 Durian Musang King Berjaya Diteb’ang Setelah Ditanam Secara Ha’ram

ISU SEMASA

RAUB: Dalam tempoh hanya sembilan hari, hampir kesemua 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara har’am dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini berjaya diteb’ang.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, tempoh kerja penguatkuas’aan bermula Sabtu iaitu 3 Julai lalu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan atau selama kira-kira sebulan.

Kerjasama erat secara berpasukan antara kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan Unit Penguatkua’sa Negeri Pahang (UPNP) menjadi antara faktor kelancaran Operasi Pamah.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad, berkata, pencapaian melaksanakan Operasi Pamah di kawasan seluas kira-kira 101 hektar itu adalah suatu di luar jangkaan.

Menurutnya, lebih 100 kakitangan yang bertugas di hampir semua Pejabat Hutan Daerah (PHD) diker’ah untuk menyertai operasi terbabit sekali gus membantu melancarkan aktiviti peneb’angan.

“Antara faktor ia (operasi peneb’angan) berjalan lancar adalah kemahiran tinggi kakitangan JPNP dan jumlah mereka yang ramai terbabit dalam operasi kali ini serta dianggap begitu mencabar.

“Ia suatu yang membanggakan semua pihak terutama apabila dapat menyelesaikan tugasan berkenaan dalam jangka masa begitu pantas,” katanya di sini hari ini.

Nor Azirim berkata, selepas penebangan selesai, tugas seterusnya ialah membersihkan tapak bagi kerja menanam pokok hutan dalam HSK terbabit.

“Lebih 20,000 pokok hutan perlu ditanam dalam hutan simpan terbabit dan aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat.

“Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal, di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *