[VIDEO] Pelajar UiTM Jengka Ma’ti Akibat Put’us Dua Urat Kepala Sewaktu Mengulang Kaji

ISU SEMASA

KUALA NERUS – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka menin’ggal dunia akibat penda’rahan di dalam kepala di rumahnya di Kampung Kedai Tepoh di sini malam tadi.

Muhd. Adham Hazim Muhd. Rizaini, 19, yang merupakan pelajar semester kedua jurusan Diploma Kejuruteraan Awam menghemb’uskan nafas terak’hir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 10.52 malam.

Ayahnya, Mohd. Rizaini Ghazali, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu merangk’ak ke biliknya untuk meminta pertolongan pada pukul 5 pagi.

“Dia mengadu sak’it kepala yang amat sangat. Saya bergegas membawa anak saya yang tidak sedarkan diri ke Unit Kecem’asan HSNZ, Kuala Terengganu.

“Doktor memberitahu keadaan anak saya agak kriti’kal kerana dua urat kepalanya pu’tus sebelum disahkan mening’gal dunia pada malam tadi (semalam),” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Rizaini memberitahu, Muhd. Adham Hazim sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester tidak lama lagi.

Jenazah Muhd. Adham Hazim selamat dikebu’mikan di Tanah Perkub’uran Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini pada pukul 11 pagi tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan Nur Natasya Ezreen Azemi,22, yang merupakan pelajar UiTM Merbok, Sungai Petani, Kedah mening’gal dunia selepas peng’san ketika menyiapkan kerja kursus kelmarin. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *