(Video)“Portal i-Citra Online Kini Dibuka,” Ini ‘Step By Step’ Cara Nak Cepat Buat Permohonan

ISU SEMASA

Permohonan pengeluaran i-Citra kini diawalkan tiga hari berbanding sebelumnya iaitu pada 15 Julai 2021. Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pembukaan laman sesawang permohonan tersebut pada malam ini.

“Portal i-Citra Online kini dibuka”

Ahli boleh membuat permohonan melalui laman i-Citra-KWSP sehingga 30 September akan datang.

Berikut adalah cara memohon i-Citra untuk rujukan anda:

1. Layari icitra.kwsp.gov.my

2. Pilih ‘Permohonan’

3. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit

4. Sahkan identiti melalui nombor OTP atau soalan keselamatan

5. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran sama ada RM5,000 atau kurang seperti yang tertera pada skrin. Harus diingat, anda tidak boleh menukar amaun pengeluaran selepas permohonan dibuat.

6. Semak jadual bayaran yang dipaparkan di bawah.

7. Klik pada butang ditunjukkan jika ingin mengurangkan Amaun Pilihan Pengeluaran.

8. Gerakkan penunjuk untuk memilih Amaun Pilihan Pengeluaran yang dikehendaki.

9. Klik ‘Teruskan’

10. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.

11. Lengkapkan nombor akaun bank dan kaji selidik. Klik ‘Teruskan’

12. Semak maklumat pemohon dan jadual bayaran.

13. Tandakan pada kotak pengesahan ‘Saya bukan robot’. Klik ‘Teruskan’.

14. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

15. Anda dinasihatkan untuk menyimpan rekod permohonan sebagai rujukan dengan menekan Cetak dan simpan rekod permohonan.

Tonton video di bawah untuk penerangan berserta grafik.

Untuk membuat permohonan, anda boleh klik pada pautan di dalam ciapan KWSPMalaysia di bawah:

 

 

 

Sumber: KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *