33 Hektar Hutan Diceroboh Di Negeri Sembilan Kantoi Di Cero’boh Selepas DiRaub,

ISU SEMASA

(Gambar hiasan) 33 hektar hutan dicero’boh di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap pihak yang mencero’boh kawasan hutan simpan di negeri ini untuk ditanam dengan kelapa sawit, getah dan durian.

Pengarah Perhutanan negeri, Saleh Awaludin berkata, pihaknya telah mengenal pasti pencero’bohan berskala kecil kawasan hutan simpan di negeri ini yang melibatkan kawasan seluas 33 hektar.

“Kerajaan Negeri Sembilan mengambil berat dan tindakan serius diambil dalam menangani isu penerokaan dan pencero’bohan kawasan hutan simpan kekal.

“Mana-mana kawasan hutan yang dicero’boh akan diambil tindakan penguatkuasaan dan dilaksanakan program pemulihan kawasan hutan,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Bagaimanapun, tambah beliau terdapat seluas 113 hektar kawasan teroka hutan simpanan kekal yang ditanam dengan pokok durian melebihi 10 tahun dan ia telah diberikan Permit Penggunaan melibatkan 83 orang peserta.

“Pekebun-pekebun ini sebelum ini telah diberikan lesen kecil pengeluaran durian yang perlu mereka bayar sebagai hasil kepada kerajaan negeri. Lesen itu pula kini telah ditukar kepada Permit Penggunaan yang perlu mereka perbaharui setiap tahun,” katanya.

Jelas Saleh, sebanyak 30 lesen kecil pengeluaran durian yang diberikan sebelum ini telah dibatalkan oleh kerajaan negeri selepas pekebun tersebut tidak menjelaskan tunggakan yang ada di antaranya telah melebihi 10 tahun.

“Bagi yang bayar tunggakan pula kita tukarkan kepada Permit Penggunaan, mereka masih boleh mengeluarkan hasil namun dengan syarat mereka perlu menanam semula pokok-pokok hutan yang lain tanpa menanam pokok durian baharu.

“Permit Penggunaan ini mereka perlu perbaharui setiap tahun, jika kami dapati mereka ing’kar dengan syarat ditetapkan, kami akan membatalkan permit tersebut. Permit ini semua untuk kes-kes lama, tiada permit baharu dikeluarkan lagi setakat ini,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan Permit Penggunaan dilaksanakan adalah bagi memastikan tiada unsur dengan niat pemilikan tanah dalam kalangan pekebun durian tersebut.

“Kita mahu elakkan kepu’pusan hutan, mereka masih boleh keluarkan hasil durian tapi mesti tanam pokok hutan juga bagi memastikan hutan yang dicero’boh itu kita dapat pulihkan semula,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *