Bapa Rog’ol Anak Kandung Sendiri Usia 8 Tahun Semasa PKP

ISU SEMASA

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersa’lah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertud’uhan mero’gol anak kandung berusia lapan tahun di sebuah rumah di Pasir Puteh, awal tahun ini.

Tertuduh berusia 47 tahun membuat pengakuan tidak bersa’lah itu selepas pertu’duhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kedua-dua pertu’duhan, dia dida’kwa mero’gol anak kandungnya berusia lapan tahun apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua kesa’lahan itu dilakukan tertu’duh dalam bilik tidur sebuah rumah di Pasir Puteh pada bulan Januari dan Februari lalu.

Tertu’duh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Kesek’saan yang memperuntukkan hu’kuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali seb’atan jika sabit kesal’ahan bagi kedua-dua pertud’uhan.

Pendak’waan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertu’duh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan selain menetapkan tarikh 5 September ini untuk sebutan semula kes.

Untuk rekod, Kelantan diken’akan Perin’tah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari dan awal Februari lalu sebelum dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada pertengahan Februari. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *