”Jangan Bebankan Mahasiswa Dengan Tugasan Melampau” – Prof.

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak boleh dibebankan dengan terlalu banyak tugasan ketika ini.

Tokoh pendidikan, Prof. Eme­ritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tugasan yang diberi perlu realistik berdasarkan keupayaan semasa mereka.

“Keupayaan bermaksud dari segi akses pelajar kepada internet dan seumpamanya atau pelajar akan berasa tertek’an.

“Sebanyak 80 peratus pelajar IPT awam daripada golongan B40. Sekarang pun ramai M40 telah bertukar status kepada B40 atau menjadi asnaf.

“Jika tidak mampu me­nyiapkan tugasan dengan sempurna, mereka akan menjadi gelis’ah,” katanya kepada Kosmo!.

Sahol Hamid berkata, ketika pandemik, sebilangan pelajar yang berasal daripada keluarga sus’ah terpaksa ikat perut dan keadaan itu juga memberi kesan terhadap kesihatan me’ntal.

Katanya, para pensyarah perlu­ memainkan peranan penting dengan memahami situasi setiap pelajar yang berbeza-beza.

“Pensyarah wajar meluangkan masa dengan lebih kerap untuk berkomunikasi dengan pelajar tentang keadaan mereka.

“Dalam masa sama, ada juga pensyarah yang tertekan me­ngajar online, jadi Naib Canselor perlu prihatin terhadap keadaan pensyarah mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pemba­ngunan Keluarga Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Rafidah Aga Mohd. Jaladin berkata, pelajar IPT perlu bijak dalam pengurusan masa.

Menurutnya, melakukan tugasan pada minit-minit akhir akan meletakkan mereka dalam keadaan teka’nan.

“Mereka kena tahu mana tugasan perlu disiapkan terlebih dahulu dan sebaliknya, perlu sistematik. Begitu juga waktu untuk belajar,” katanya.

Tambah beliau, pelajar perlu segera mendapatkan bantuan daripada pensyarah atau kaunselor di IPT jika berdepan permasa’lahan atau kesulitan.

Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad pula berkata, pensyarah dan pelajar perlu saling berkomunikasi mengenai pelbagai isu membabitkan urusan pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, pensyarah dan pelajar masing-masing berdepan tek’anan dan tekanan itu dapat dikurangkan jika dapat mencari penyelesaian terbaik.

“Ketika pandemik, pembelajaran online sahaja pilihan yang ada. St’res tidak boleh dielakkan, namun kita perlu tahu cara me­ngendalikannya,” kata beliau.

 

 

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *