Kes Rogol : Isteri Minta Laporan Perubatan Pembantu Rumah

ISU SEMASA

IPOH: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa isteri bekas Exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong ada menghubunginya bagi mengetahui laporan perubatan wanita warga Indonesia yang diambilnya  sebagai pembantu rumah.

Chor Pei Sun, 47, yang merupakan kakitangan pemasaran dan jualan di sebuah agensi pembantu rumah berkata, dia bagaimanapun tidak mengingati tarikh panggilan itu dibuat namun diterima sebelum berlaku kes rogol membabitkan Choo Kiong.

“Sebelum kes ini, Mrs. Yong ada hubungi saya untuk bertanyakan laporan perubatan, ada masalah atau tidak.

“Saya tidak ingat tarikh panggilan, tetapi sebelum menerima aduan daripada pihak kedutaan,” katanya ketika disoal peguam Salim Bashir dalam perbicaraan kes rogol Choo Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi di sini.

Pei Sun yang juga saksi pendakwaan ke-12 bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Salim bahawa isteri Choo Kiong ada bertanyakan sama ada pembantu rumahnya itu mempunyai masalah mental sebelum datang ke Malaysia.

Wanita itu juga mengatakan tidak ingat apabila disoal sekali lagi bahawa panggilan dibuat isteri Choo Kiong itu kerana mahu mengetahui pembantu rumahnya mempunyai masa’lah mental semasa di Indonesia.

Salim: Setujukah yang Mrs. Yong ada bertanyakan sama ada (pembantu rumah) mempunyai masalah mental sebelum datang ke Malaysia?

Pei Sun: Tidak ada. Tidak setuju.

Salim: Setuju jika saya cadangkan bahawa Mrs. Yong hubungi kamu adalah kerana dia mahu tahu (pembantu rumah) ada masalah mental di Indonesia atau tidak?

Pei Sun: Tidak boleh ingat.

Salim: Saya cadangkan bahawa Mrs Yong tidak tahu laporan perubatan mental (pembantu) di Indonesia?

Pei Sun: Tidak boleh ingat

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didak’wa mero’gol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Kesek’saan yang boleh dikenakan hukuman penj’ara maksimum 20 tahun dan seba’tan jika sabit kesal’ahan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *