Tiada Pekebun Har’am Durian Berani Umum Pendapatan Mengaku Kesalahan Anda, Maka Saya Bagi Bantuan Guaman Percuma -Apek Cina

ISU SEMASA

PETALING JAYA:  “Umumkan pendapatan dan mengaku kesa’lahan, maka saya bagi bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan huk’uman di mahkamah.”

Itu tawaran personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai kepada pekebun-pekebun hara’m durian Musang King dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, Pahang yang kini berdepan tind’akan mahkamah.

Dalam hantaran video terbaharunya,  How Tai yang juga seorang pengamal undang-undang membuat tawaran itu selepas menjawab persoalan dibangkitkan penyokong pekebun har’am di Raub berhubung  isu penguatkua’saan memusn’ahkan kebun haram durian Musang King dalam HSK tersebut.

Ia melibatkan persoalan mengenai dakwaan Kerajaan Negeri Pahang mengingkari perintah mahkamah, status pekebun apakah mereka benar-benar peserta Rancangan Buku Hijau 1974, dia mewujudkan konflik perkauman dan penebangan pokok durian kebelakangan ini adalah untuk syarikat swasta.

Menurut How Tai, sehingga kini, tiada pekebun har’am yang berani mengumumkan jumlah pendapatan mereka sepanjang 10 hingga 20 tahun menjalankan aktiviti tersebut.

“Cadangan penyelesaian daripada saya. Pekebun har’am yang betul -betul mengalami kesusa’han dengan jumlah pendapatan yang rendah daripada aktiviti haram ini, tidak boleh menyara diri,  Apek Cina bagi offer (tawaran).

“Satu, umumkan pendapatan anda. Dua, mengaku kesalahan anda, maka saya bagi bantuan guaman percuma untuk memohon pengurangan huk’uman di mahkamah dan kongsikan keadaan anda di page saya agar ramai boleh nampak dan bantu,” katanya di hujung video berdurasi 10 minit itu.

Hanya dalam selepas tujuh jam dimuat naik, video itu mendapat 360 perkongsian.

How Tai berkata, dia tidak akan membenarkan mereka yang kaya-raya tetapi enggan mengumumkan pendapatan daripada sumber yang haram sekadar untuk meraih simpati dan keuntungan politik.

“Pendapat-pendapat saya hanya boleh diubah dan hanya tertakluk kepada keputusan mahkamah dan tiadanya perubahan jika mana-mana mahkamah mengekalkan keputusan yang asal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *