Belum Pun terjawab Berapa Pendapatan Pekebun, Timbul Isu Siapa Meneb’ang Balak Sebelum Durian Ditanam

ISLAMIK

RAUB: Kira-kira 15,000 pokok sudah diteb’ang namun isu penguatkua’saan memusn’ahkan kebun har’am durian musang king dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini, belum reda dengan persoalan demi persoalan ditimbulkan.

Belum pun terjawab persoalan berhubung jumlah pendapatan pekebun sepanjang 10 hingga 20 tahun menjalankan aktiviti tersebut, kini timbul pula tanda tanya siapa yang mene’bang balak di kawasan itu sebelum pokok durian musang king ditanam.

Ini kerana wujud dakwaan aktiviti menanam pokok durian Musang King di hutan simpan itu hanya dilakukan pekebun terlibat setelah peneba’ngan kayu balak dilakukan di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, pekebun terlibat hanya melakukan penanaman selepas kawasan itu diteb’ang oleh pihak tertentu.

“Pekebun tidak pernah teb’ang pokok untuk tanam durian, tetapi ada pihak lain yang melakukan aktiviti peneba’ngan balak dan membiarkan kawasan berkenaan tanpa penanaman semula hutan.

“Jadi, pekebun hanya menukarkan tanah yang ada kepada tanaman durian,” katanya di sini hari ini.

Kira-kira 15,000 pokok durian musang king yang ditanam di kawasan seluas 101 hektar di HSK Batu Talam dimusn’ahkan dalam masa sembilan hari Operasi Pamah sejak 3 Julai lalu.

Yu Hui berkata, tindakan meneb’ang pokok durian itu menyebabkan pekebun yang telah lama mengusahakan kawasan itu kerugian besar memandangkan kos menanam dan menjaga durian adalah tinggi.

Sementara itu Presiden Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang berkata, tindakan memusn’ahkan kebun durian Musang King di kawasan HSK Batu Talam menyebabkan pekebun durian terbeban selepas hilang mata pencarian.

“Di mata pihak Jabatan Perhutanan Pahang, 15,000 pokok durian hanyalah angka.

“Namun pokok-pokok ini adalah satu-satunya sumber mata pencarian bagi para pekebun yang merupakan satu-satunya harapan mereka untuk terus hidup menhadapi wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu  Wilson berkata, Samka akan mengambil tindakan und’ang-und’ang terhadap kerajaan negeri dengan memfailkan permohonan menghi’na mahkamah.

“Pokok-pokok durian berkenaan terletak di kawasan yang dipertikaikan dan keputusan penangguhan oleh mahkamah juga merangkumi pokok-pokok yang berada di dalam hutan simpan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *