Kes Sem’belih Dan Makan Daging Kucing Tular Lagi

ISU SEMASA

JAKARTA – Kejadian makan daging kucing di Indonesia kembali diperkatakan apabila sebuah video menunjukkan haiwan comel itu disemb’elih seorang lelaki tular di media sosial.

Menurut laporan Suara.com, satu kemas kini di Instagram @rumahsinggahclaw, satu rakaman video memaparkan lelaki sedang menyemb’elih seekor kucing dan mengasingkan organ dalamannya untuk dijadikan hidangan.

“Tolong kongsi hingga sampai ke tangan pihak berwajib. Berlaku lagi kes bun’uh dan makan daging kucing. Huku’man di negara ini terlalu lemah,” tulis status di video itu.

Rakaman video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengec’am perbuatan individu berkenaan dan berasa tidak sanggup melihat haiwan comel itu dijadikan makanan.

“Dunia sekarang semakin parah, kita perlu berhati-hati membeli daging kerana takut dicampur dengan daging haiwan seperti ini yang dilar’ang makan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Sak’it hati melihat video ini, sesungguhnya pelaku itu ib’lis bertopengkan manusia,” komen seorang lagi. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *