Musang King Raub: ”Keuntungan Pekebun 300 juta , Mana Cukai 75 Juta?

ISU SEMASA

KUANTAN: Personaliti media sosial yang juga pemilik akaun Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai mempersoal di mana cukai yang sepatutnya dibayar oleh pekebun haram durian musang king di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub, dekat sini.

Jelasnya, berdasarkan pengiraan dibuatnya, jumlah keuntungan diperoleh pekebun terlibat dalam masa 15 tahun adalah RM300 juta.

Menurutnya, pengiraan itu dibuatnya berdasarkan kepada kenyataan seorang pekebun dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, pokok durian haram di HSK Batu Talam boleh menjana RM30 juta setahun.

“Sebuah pokok boleh berbuah 30 tahun dan menjana RM2,000 satu tahun. Kerugian 30 tahun ini adalah RM900 Juta. Maka setelah 20 tahun, ada 10 tahun lagi.

“Juga diungkitkan, sebuah pokok memerlukan lima tahun untuk berbuah. Ini mereka yang cakap, bukan saya yang buat andaian,” katanya seperti dipetik dalam kenyataan di laman sosial Facebooknya hari ini.

How Tai berkata, pekebun terbabit mengaku bahawa kawasan itu diusahakan 20 lebih tahun lalu.

“Tolak lima tahun tunggu berbuah, maka ada 15 tahun mereka mengaut keuntungan RM30 juta setahun. Okay, kita bagi diskaun sikit sebab inflasi ke , kos ke, katakanlah RM20 juta setahun.

“Keuntungan 20 Juta x 15 tahun = RM300 juta. Cukai pendapatan katakan 25 peratus siling tertinggi. Mereka telah larikan cukai sebanyak RM300 juta x 25 peratus = RM75 Juta. RM75 juta cukai dilarikan selama ini.

“Kalau pengiraan diaorang sudah termasuk kos dan inflasi, maka RM100 juta cukai telah mereka larikan,” dakwanya.

Maka soalnya, di mana RM75 juta tersebut.

“Kedua, ribuan pokok hutan yang ditebang secara haram oleh mereka pada 20 tahun lalu, mana balak-balak? Jual dapat harga berapa masa itu?

“Kalau mereka yang tidak setuju pengiraan saya dan mereka, mohon kongsikan pengiraan anda.

“Kalau kamu tidak tahu pengiraan, maka tanya mereka dan kongsikan di komen di bawah, jumlah pendapatan selama 15 tahun ini. Kalau tak ada pengiraan, baik diamkan diri dan jangan alihkan perhatian,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak tahu kenapa pekebun terbabit asyik memainkan isu berkenaan dengan bahasa dan dalam media yang kebanyakkan rakyat tidak faham.

“Nak naikkan emosi sesetengah kaum sahaja ke?

“Diaorang kata, 15, 000 pokok durian haram yang ditebangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di HSK Batu Talam menyebabkan kerugian sebanyak RM900 Juta Ringgit bagi pihak pekebun har’am,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *