3 Perkara Ini Akan Membuatkan Pembayaran I-Citra Anda Terhenti

ISU SEMASA

Sejak 12 Julai lalu, orang ramai sudahpun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra melalui akaun KWSP mereka. Menurut kemaskini portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Julai lalu, pembayaran i-Citra akan dibuat bermula Ogos bagi permohonan yang dilakukan pada bulan ini.

Bagaimanapun, tiga situasi di bawah akan menghentikan pembayaran bulanan tersebut iaitu:

  1. Jika ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun
  2. Terdapat apa-apa pengeluaran penuh yang diluluskan, misalnya melibatkan pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan sebagainya.
  3. Ahli membuat pembatalan i-Citra.

 

Untuk makluman, pembayaran i-Citra akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Justeru, pemohon perlu memasikan tiga syarat berikut dipenuhi untuk memastikan pembayaran berjalan lancar.

  1. Akaun bank simpanan atau semasa.
  2. Akaun bank masih aktif.
  3. Akaun bank atas nama ahli sendiir (bukan akaun bersama atau syarikat).

Jika ahli berstatus muflis dan tidak mempunyai akaun bank, ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di laman web tersebut.

Akan tetapi, pembayaran melalui kaedah ini akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

 

 

 

 

Sumber: KWSP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *