HTAR Nafi Jabatan Kece’masan Dan Trau’ma Dikosongkan ketika Lawatan Perdana Menteri

ISU SEMASA

Kenyataan tular mendak’wa Jabatan Kecem’asan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang ‘dikosongkan’ kerana menerima lawatan Perdana Menteri pada Selasa adalah tidak benar.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd Rawi sebaliknya berkata, jabatan tersebut sememangnya telah penuh dengan pesa’kit dan mereka yang masih belum menerima rawatan setakat semalam adalah seramai 177 orang.

Dalam pada itu, pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi pengurusan bencana peringkat hospital.

“Pada 8 Julai, Wad G2 dan G3 yang berdekatan dengan Jabatan Kecem’asan dan Trauma telah dikenal pasti sebagai tempat yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

“Manakala pada 9 Julai, ACC telah dicadangkan untuk ditukarkan fungsinya sebagai wad sementara merawat pesakit COVID-19 demi memastikan mereka mendapat rawatan dalam ruang yang selesa.

Oleh itu, katanya kriteria untuk menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 ke Wad COVID-19 Berisiko Rendah adalah atas keputusan pihak pengurusan wad dan ianya bukan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Untuk rekod, trend semasa di Jabatan Kecem’asan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 hingga 180 pesakit setakat ini.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah nafi Jabatan Kecemasan dan Trauma dikosongkan ketika lawatan Perdana Menteri
sumber :siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *