Pekebun Durian Musang King Tidak Dibenarkan Mengambil Barangan Milik Mereka DiKebun

ISU SEMASA

RAUB – Pekebun durian musang king tidak dibenarkan memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam bagi mengambil barangan milik mereka buat masa ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, kebenaran untuk memasuki kawasan hutan simpan berkenaan tidak dapat diberikan memandangkan siasatan masih dilakukan.

“Setelah mendapat nasihat serta pandangan dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan juga Timbalan Pendakwa Raya, JPNP tidak membenarkan pekebun untuk memasuki HSK Batu Talam untuk mengambil barang milik mereka.

“Ini kerana tindakan tersebut boleh mengga’nggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan penda’kwaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Hizamri, JPNP telah meneliti laporan akhbar mengenai permohonan yang disampaikan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan hasrat pekebun yang ingin memasuki ke kawasan operasi bagi tujuan mendapatkan semula barang milik mereka yang tertinggal di dalam kawasan HSK Batu Talam.

Semalam Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang berkunjung ke pejabatnya meminta agar pekebun har’am terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal.

Sehubungan Wan Rosdy berkata, beliau meminta Sin Woon mendapatkan sendiri kebenaran daripada pihak JPNP yang sedang giat melakukan penanaman pokok hutan di kawasan berkenaan.-K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *