Jangkitan Varian Baharu Boleh Berlaku Dalam Tempoh 15 Saat – KP Kesihatan

Uncategorized

Putrajaya, 15 Julai – Kebolehjangk’itan varian baharu termasuk delta adalah lebih pantas dan boleh menjang’kiti dalam tempoh 15 saat berbanding varian biasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya dalam sidang media hari ini, kebolehjangk’itan atau R-naught bagi virus biasa, adalah antara 2.5 hingga 3, namun R-naught varian baharu termasuk delta adalah antara 5 hingga ke 8.

“Bererti dalam 100 orang dijangk’iti, dalam tempoh terdekat inkubasi akan menjangkiti 500 hingga 800 orang,” katanya.

“Sifat virus juga berubah. Kes kontak rapat dahulu terdedah dalam 15 minit atau kurang 1 meter. Kita dimaklumkan dengan varian baru sekarang ini, jangkitan boleh berlaku dalam 15 saat sahaja melalui udara.

“Ini meningkatkan lagi kebolehjangkitan dalam komuniti,” katanya.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, varian delta merupakan varian yang dominan sekaligus menjadi antara punca jangk’itan meningkat pantas di negara kita.

 

 

Sumber: Bernama TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *