Kedai Komputer, Telekomunikasi, Buku & Alat Tulis Dibenar Beroperasi Semula Mulai 16 Julai – Ismail Sabri

ISU SEMASA

Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari ini bersetuju untuk membenarkan Kedai Komputer dan Telekomunikasi serta Kedai Buku dan Alat Tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 16 Julai 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi Kenyataan Media Mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) Dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kebenaran ini diberikan setelah mengambil kira maklumbalas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan”, tulis kenyataan itu.

 

Dalam perkembangan yang lain, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan dikenakan PKPD atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

 

 

Sumber: Bernama TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *