Umur 60 Tahun Dibenarkan Vaksinasi ”Walk in” Di Mana-mana PPV

ISU SEMASA

Putrajaya, 15 Julai – Warga emas di Kuala Lumpur dan Selangor yang berusia 60 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksinasi secara walk in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pihak KKM akan memberi bekalan vaksin ke PPV bagi membolehkan vaksinasi segera kepada warga emas.

“Untuk Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang belum mendapat vaksinasi, mereka boleh secara walk in, kita boleh berikan mereka vaksinasi”

Katanya, program tersebut akan dikembangkan ke negeri-negeri lain selepas ujian pilot di negeri dan wilayah tersebut dilaksanakan.

“Untuk negeri lain, kita akan maklumkan dari masa ke masa,” kata beliau.

Jelasnya, pemberian secara walk in ini adalah susulan data menunjukkan ada dalam kalangan individu berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan vaksinasi.

Ujar beliau, warga emas yang telah mendapat 1 dos vaksin setakat ini ialah 2,478,289 di seluruh negara berbanding jumlah yang telah berdaftar, iaitu 2,988,678 warga emas berusia 60 tahun ke atas.

 

 

 

 

Sumber: BernamaTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *