”UEL tidak usik kau pun. Kau fit’nah sin’dir perli dia memang dia terasa. Memang patut kena se’kat. Kau buat orang sak’it hati,” PA Ebit Liew

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Pembantu peribadi (PA) kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil menjawab dakwaan penyanyi rap, Caprice.

Melalui beberapa hantaran di laman Instagram, Arief Farhan berkata, jika dakwaan Caprice benar mengapa pendak’wah diseg’ani ramai itu dianugerahkan Duta Muhibbah Palestin baru-baru ini.

“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.

“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL. Kalau hubungan ker’uh agak-agak akan terima lagi ke layanan macam itu semua?,” tulis Arief dalam satu penerangan berbentuk video.

Menjawab mengenai Ebit menyekat Caprice, Arief berkata ia berpunca daripada tindakan Caprice sebelum ini memerli pendak’wah disegani ramai dengan menggunakan beberapa perkataan seperti ‘Hero Pulang Malaysia’ dan ‘Berkopiah putih’.

“Kau yang beri bayangan per’li acah hero pulang Malaysia lah, kopiah putih, mainan. Selepas itu kau cakap siapa makan cili dia terasa pe’das. Kau yang mula perli-perlu dulu.

“Pokok tidak bergoyang kalau tiada angin. UEL tidak us’ik kau pun. Kau fitnah sin’dir perli dia memang dia terasa. Memang patut kena sek’at. Kau buat orang sak’it hati,” ujarnya.

Arief turut berkongsi perbualan melalui aplikasi WhatsApp yang mana penyanyi rap itu meminta Ebit membuat permohonan ma’af secara terbuka berhubung isu berbangkit di sana. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *