Banyak Betul Melayu Yang Suka Claim Dari Indonesia, Sebenarnya Betul Ke Melayu ni Asal Dari Indonesia? Ramai Tak Tahu

ISU SEMASA

Tak faham kenapa banyak betul Melayu yang suka claim dari Indonesia, claim diri mereka sebagai pendatang. Sebenarnya betul ke Melayu ni asal dari Indonesia? Meh kita bedah sejarah semula.

Sebelum Malaysia dan Indonesia lahir, wilayah ini adalah merupakan sebuah wilayah yang terdapat ratusan kerajaan di mana sempadan-sempadan sentiasa berubah berdasarkan penguasaan empayar tertentu seperti Srivijaya, Majapahit, Acheh dan juga Johor-Riau.

Malaysia dan Indonesia adalah hasil pemisahan penjajah kepada adik beradik sebudaya serumpun bangsa ini pada 1824 Anglo-Dutch Treaty.

 

Namun, pada nama Kepulauan Melayu yang diberikan kepada wilayah bertuah tempat kita berpijak, masih ada gema-gema sejarah yang mengajarkan kepada kita bahawa suatu masa dahulu, rumpun-rumpun di Nusantara/Kepulauan Melayu adalah serumpun.

Bersama dengan orang asli, orang Melayu telah membangunkan Kepulauan Melayu dengan penubuhan beratus kerajaan yang menakjubkan dengan Srivijaya (650-1347) dan Melaka (1400 – 1511) menjadikan dua kerajaan ini merupakan kerajaan paling terkenal yang didirikan oleh orang Melayu.

 

Jadi, kalau dulu Malaysia dan Indonesia tak wujud, yang korang ketegaq nak dakwa bahawa orang Melayu asal dari Indonesia, Indonesia mana korang rujuk ni? Dulu wilayah ini satu, orang Melayu dan suku-suku lain bebas merentasi semua wilayah yang bawah satu bumbung.

Tak bolehlah dabik penghijrahan mereka dari negara yang berbeza kerana masih dalam Alam Melayu, alam ketamadunan yang mengamalkan budaya dan bahasa yang serumpun. Jadi, usahlah nak dabik mende bukan-bukan.

 

sumber: The patriot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *