Ebit Liew Bantu Lelaki 75 Tahun Yang Tinggal Dalam Kereta Bersama Anak Kucing

ISU SEMASA

PETALING JAYA – Seorang warga emas berusia 75 tahun yang tinggal di dalam sebuah kereta di Central Market, Kuala Lumpur selama dua bulan dibantu penceramah popular, Ustaz Ebit Lew hari ini.

Menurutnya Ebit di laman Facebook hari ini, dia sebak mengenangkan nasib warga emas tersebut yang turut menjaga beberapa ekor kucing di dalam kereta tersebut.

“Se’dih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba sahaja menangis.

“Pakcik esok dah raya haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua.

“Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa,” tulis Ebit di Facebook hari ini.

Menurutnya, warga emas itu mena’ngis apabila dihulurkan bantuan dan mengakui ramai juga yang pernah membantunya, selain tidak menyangka akan mendapat rumah.

Menurut Ebit, dia terus mengajak warga emas tersebut untuk mencari barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh dan katil.

“Pakcik kata takperlah ustaz, dapat rumah pun dah cukup, banyak sangat ni, malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa saja pakcik.

“Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki, kita bertemu. Beri sedikit duit belanja dan saya bawa ke Elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing dan sedikit bekalan makanan,” katanya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *