Ramai Orang Nak Masuk Pale’stin, Sebab Nak Nama Dan Populariti, Ingat Palestin Tempat Suci

ISU SEMASA

PETALING JAYA: “Palestin tempat keramat. Ramai orang nak masuk Pale’stin atas pelbagai tujuan. Oleh itu buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama dan populariti”.

Demikian nasihat angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bagi mereka yang ‘mencuba nasib’ memasuki Palestin untuk apa jua tujuan sama ada misi kemanusiaan.

Beliau dalam akaun Instagram miliknya turut berkongsi pengalaman memasuki Gaza sebanyak dua kali ketika perang untuk misi kemanusiaan.

“Saya bekerja untuk Hospital Syifa dan menetap bersama penduduk Pale’stin. Ramai nak masuk sana.

“Mereka memerlukan bantuan seperti perubatan, peralatan hospital dan makanan. Terlalu banyak lori dan bas masih menunggu di sempadan untuk masuk Palestin,” katanya.

Tetapi jelasnya, kena beringat, Palestin tempat suci dan keramat.

“Hanya Allah sahaja yang dapat membenarkan seseorang untuk masuk ke situ. Oleh itu buatlah sesuatu kerana Allah, bukan kerana nama dan populariti.

“Buat dengan ikhlas dan tak perlu hebohkan kepada umum. Buat secara senyap dan insya-Allah, Allah akan permudahkan segalanya,” katanya.

Isu Gaza hangat diperkatakan ketika ini ekoran ‘hubungan dingin’ antara dua nama popular tanah air mengenai bantuan di Palestin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *