Ca’bul Wanita Ketika Bersama Mencari Durian Di Hutan

ISU SEMASA

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menca’bul seorang wanita yang keluar bersamanya untuk mencari durian minggu lalu.

Tertuduh, Mazlan Abdul Rahman, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan keker’asan jena’yah kepada seorang wanita berusia 53 tahun dengan niat mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di dalam hutan Kampung Pauh Jambu Badang di sini kira-kira pukul 3.30 petang pada 12 Julai lalu

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Kesek’saan yang memperuntukkan hukuman penja’ra sehingga 10 tahun atau den’da atau se’bat atau mana-mana dua daripada huk’uman itu jika sabit kesal’ahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendak’wa Raya, Muhammad Sharil Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Samhana Aidenan.

Terdahulu, Muhammad Sharil mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin ditetapkan kepada tertuduh.

Bagaimanapun, Nurul Samhana memohon agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang paling minimum.

“Tertuduh bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM40 sehari. Dia tinggal bersama keluarga dan menjaga ibu yang sak’it tua,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan iaitu tidak boleh gang’gu mangsa dan saksi pendak’waan.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh tidak membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – K! ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *