”satu hari nanti saya akan buktikan” Caprice Memilih Meneruskan Misinya Sendirian Di Palestin

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan terkenal, Caprice, memaklumkan dia akan meneruskan misinya sendirian apabila semua yang turut menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh lalu pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instastory, dilihat Caprice juga sudah selesai mengemas pakaiannya untuk terus berjihad demi ummah walaupun berseorangan.

Di samping itu, dia turut mengakui bahawa ‘perjuangannya’ kali ini merupakan yang paling mencabar pernah dilalui seumur hidupnya.

Bagaimanapun, itu bukan alasan penyanyi itu untuk berhenti berjihad ke jalan Allah, malah tetap percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Baru habis mengemas, Caprice akan teruskan dengan misi saya sendirian setelah semua orang akan pulang ke Malaysia.

“Tetapi, saya memilih untuk menyelesaikan misi saya sendirian. Ini adalah perjalanan yang paling sukar dalam hidup selama saya berjuang, berjihad serta beribadah.

 

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, saya percaya dengan hikmah semua ini. InshaAllah, satu hari nanti saya akan buktikan,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi video Instastory berkenaan, dia sempat memohon maaf diatas kata-kata dan perbuatannya yang telah mengguris hati segelintir pihak ekoran perselisihan faham berhubung isu yang berlaku di Gaza.

“Saya minta maaf kepada siapa yang pernah saya sakiti dan kecewakan. InshaAllah, satu hari nanti saya akan banggakan kamu semua demi ummah dan Malaysia,” kongsinya.

Terdahulu, semua sedia maklum dua ikon yang sentiasa menjadi ikutan rakyat Malaysia, Ustaz Ebit Lew dan Caprice meneruskan misi kemanusiaan di Gaza.

Namun, beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai kontroversi di antara dua figura tersebut berhubung isu yang berlaku di Gaza.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *