Lelaki Ma’ki Penjual Nasi lemak Dita’han Polis Akibat Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka

ISU SEMASA

PETALING JAYA: Polis mena’han seorang lelaki yang tular berikutan tindakannya mema’ki hamun dan memar’ahi penjual nasi lemak selepas diteg’ur tidak memakai pelitup muka.

Lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Taman Desa, dekat sini kira-kira pukul 8 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, penah’anan lelaki itu dibuat susulan laporan polis oleh pengadu selepas video kejadian berkenaan tular.

“Dia direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesek’saan kerana melakukan ugutan jena’yah dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular kejadian seorang lelaki itu yang juga pelanggan gerai nasi lemak dikatakan memar’ahi dan mema’ki hamun peniaga serta seorang lagi pelanggan apabila ditegur tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam, lelaki itu dirakam seorang wanita menggunakan telefon bimbit.

Rakaman berdurasi 29 saat itu turut tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *