[VIDEO] Pemandu Teksi Menga’muk Rempuh 3 Kenderaan Dipercayai Kesem’pitan Hidup

ISU SEMASA

KOTA KINABALU: Gara-gara berang barisannya dipotong pemandu teksi lapangan terbang lain, seorang pemandu limo mengam’uk lalu merem’puh tiga kenderaan dekat sini, hari ini.

Dalam beberapa video tular dalam media sosial, pemandu teksi itu dilihat bertindak merem’puh tiga kenderaan lain sebelum turun dan terbaring berhampiran lokasi kejadian.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu membabitkan seorang lelaki berusia 60-an di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Namun, tiada sebarang kemal’angan jiwa atau keced’eraan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Berdasarkan video tular itu, pengguna media sosial mengandaikan kejadian itu berlaku berikutan kesem’pitan hidup dialami pemandu berkenaan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menerusi satu rakaman video yang berdurasi kira-kira satu minit, orang ramai termasuk pemandu airport limo yang berada di lokasi hanya mampu melihat tindakan lelaki tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Jelas beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian bagi tindakan selanjutnya.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *