Wanita Menan’gis Teresak-Esak Dan Pit’am Sewaktu Hadiri Majlis Nikah Bekas Kekasih

ISU SEMASA

JAKARTA – Seorang wanita Indonesia dikec’am netizen apabila bertindak menangis teresak-esak di majlis perkahwinan bekas kekasihnya, lapor Suara.com, kelmarin.

Menerusi rakaman video TikTok @arenigustia, seorang wanita dipercayai hadir ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya sebelum mula menangis ketika bergambar dengan pasangan mempelai.

Video itu menunjukkan wanita itu menan’gis sehingga tersengguk-sengguk lalu terpaksa ditenangkan oleh pengantin perempuan.

Keadaan menjadi lebih ke’coh apabila wanita itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sehingga memaksa orang ramai membawanya turun dari pelamin.

Bagaimanapun, pengantin lelaki hanya mendiamkan diri dan tidak mempedulikan keadaan wanita itu demi menjaga perasaan isterinya.

Rakaman itu mendapat banyak reaksi netizen yang mengec’am perbuatan wanita yang dianggap tidak wajar dan bia’dap.

“Pergi ke majlis orang lalu sengaja menimbulkan keke’cohan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jika tidak tahan perasaan sed’ih, awal-awal lagi tidak perlu datang,” komen seorang lagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *